Tuesday, November 18, 2014

PANDUAN MENANAM EMAS COTEK

PANDUAN MENANAM EMAS COTEK PENGENALAN Emas Cotek (Ficus Deltoidea) dikenali juga sebagai serapat, sempit-sempit dan agoluran (Sabah) dalam keluarga Moraceae. Sejenis tumbuhan ubatan yang popular dan banyak digunakan oleh pengamal perubatan termasuk penduduk di Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Tumbuhan ini sejenis tanaman epifit dan hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar untuk mendapatkan cahaya matahari dan biasanya terdapat di celah-celah pokok atau batu besar. Banyak di dapati tumbuh secara liar di hutan dan belukar di tepi laut atau di pergunungan. CIRI-CIRI MORFOLOGI Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m tinggi tanpa pemangkasan. Bentuk daun berbeza mengikut varieti samada bulat, bujur telur atau lonjong. Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat dengan bintik berwarna emas. Permukaan bawah pula berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam antara urat daun utama yang bercabang. Pangkal dan hujung daun kebiasaannya membulat. Bunga terbentuk di bahagian ketiak tangkai daun samada berpasangan atau tunggal. Bunganya berwarna hijau muda bertukar menjadi kuning dan merah apabila matang. Daun Emas Cotek jantan mempunyai daun yang kecil dan tirus. KEPERLUAN IKLIM DAN TANAH Tumbuhan ini sesuai ditanam di tanah bertekstur ringan dan mempunyai saliran yang baik dan tidak mudah ditenggelami air seperti tanah bris. Kadar taburan hujan bulanan yang optimum dalam lingkungan 180-200 cm. PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN Tanaman Emas Cotek boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan bahagian ranting dan berpucuk muda. Penggunaan keratan ranting (pucuk muda) adalah lebih mudah dan cepat pertumbuhannya selain dari boleh memastikan ketulenan baka. Keratan ranting muda sedia untuk ditanam di ladang selepas 7-8 minggu di petak semaian, manakala bahan tanaman dari biji benih memerlukan 12 – 14 minggu selepas penyemaian. PENANAMAN DI LADANG Saiz batas yang disyorkan adalah 1.5 m lebar dan tinggi 0.5 m. Manakala jarak antara pokok dalam baris adalah 1.2 m dan berukuran 2 m antara batas. Ini akan menghasilkan kepadatan tanaman sebanyak 4,200 pokok sehektar. Tandan kelapa sawit reput hendaklah diberi pada kadar 5-7 kg sepokok dengan menggaulkannya sedalam 30 cm dari permukaan tanah bagi meningkatkan lembapan di kawasan pertumbuhan dan mengurangkan larut resap nutrien. Ia sesuai digunakan bagi tanah yang mengandungi pasir lebih dari 90 %. PEMBAJAAN Bagi tanah berpasir, dua jenis baja disyorkan iaitu baja najis ayam sebagai baja asas sebelum menanam dan diberi setiap 6 bulan pada kadar 10 tan/ha. Manakala baja secara tak organik atau separa organik seperti NPK ( 10:10:10 ) dengan kadar 2 tan/ha diberi setiap 6 bulan. KAWALAN RUMPAI Sungkupan menggunakan plastik dapat mengawal rumpai selain dari boleh memastikan lembapan batas sentiasa terjaga. PENGURUSAN MUSUH DAN PENYAKIT Tanaman ini sensitif terhadap serangan nematod ( puru akar ). Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut dan mati. Sehubungan dengan itu pasir untuk medium penyemaian hendaklah dari lapisan bawah (melebihi 60 cm dari permukaan tanah ) kerana ia bebas dari cacing nematod. Penggunaan bahan gambut sebagai bahan tanaman di dalam pasu atau bekas tanaman juga dapat mengelakkan jangkitan cacing nematod. HASIL Secara tradisi penuaian Emas Cotek adalah dengan mencabut keseluruhan pokok. Setiap satu perdu boleh mencapai kira-kira 20 kg basah termasuk akar, buah dan batang untuk ramuan ubat-ubatan. Penuaian juga boleh dilakukan dengan memotong rendah pada tahap ketinggian 30 cm dari aras tanah dan ia boleh dituai setiap 4-5 bulan sekali. PENGENDALIAN LEPAS TUAI Emas Cotek dikeringkan terlebih dahulu sebelum dipasar atau diproses dijadikan ubat-ubatan. Bahan basah Emas Cotek dipercayai mengandungi getah menyebabkan keracunan jika diambil secara segar. Biasanya ia dijemur 4-5 hari di bawah pancaran matahari sebelum diproses dan disimpan di tempat kering hingga beberapa bulan. Anggaran kos pengeluaran bagi sehektar tanaman Emas Cotek adalah dalam lingkungan Rm 28,000 termasuklah kos tenaga buruh dan bahan input. Kos pengeluaran bagi sekilogram daun kering adalah dalam lingkungan RM 23.00 – RM 28.00 / kg.

Tuesday, November 2, 2010

Kelebihan Mas Cotek membantu penyakit

Antaranya penyakit yang dapat dibantu:

1. Mengeluarkan toksin dalam badan
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Sakit urat saraf
4. Gout
5. Kencing manis
6. Darah tinggi
7. Membuang kolestrol dan lemak
8. Buasir
9. Migraine /sakit kepala
10. Paru-paru berair
11. Pemulih tenaga batin
12. Sakit puan
13. Senggugut
14. Sakit pinggang
15. Keletihan
16. Masalah tidur
17. Rangsangan hormon lelaki
18. Mengecutkan rahim peranakan
19. Merapatkan pintu rahim
20. Sakit lutut
21. Mencantikkan dan melicinkan kulit
22. Demam/ Selesema

Ficus Deltoidea or Mas Cotek

Mas Cotek:- Ficus Deltoidea.

Other Names:- Serapat, sempit-sempit, agoluran (Sabah), tabat barito ( Indonesia), Mistletoe fig ( English)

Parts used:- Leaves, fruits, stems and roots

Mas Cotek plants grow wild in the eastern peninsular Malaysia and it is popular among traditional medical practitioners. The trees can be found in the jungle in Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak and Kalimantan. In its natural state the tree live-in support of the bigger trees to receive the required sun light. It can also be found in between tree stems and large rocks which are exposed to an appropriate amount of sun..


Morfologi Characteristics

Mas Cotek can grow 2-3 m high and normally grows up to 2 m after planting for 8 month in the farm. The different shapes of the leaves represents different variety some having rounded shape and also elongated egg shape. The color at the top of the leaf is shining green while under it, the surface color is golden yellow with black spots in between the leaf veins ( v shaped).
Mas Cotek plant species are male and female. The leaves of female species are big round in shape while the male species are small, round and long in shape.


Traditional Practices

Among the traditional practices, Mas Cotek has been used for regulating blood pressure, increasing and recovering sexual desire, womb contraction after delivery, reducing cholesterol, reducing blood sugar level, treatment to migraine, toxin removal, delay menopause, nausea, joints pains, piles pain and improving blood circulation.

Mas Cotek Cultivation

Soil Condition and Environment

Mas Cotek requires structured soil condition and good drainage characteristics. The plant usually needs minimal amount of water but in dry weather condition adequate supply of water will be necessary.

Planting

By adopting good farming practice, Raza Bio manages the Mas Cotek plantation in a chemical free environment.

Best approach in planting Mas Cotek on large scale farm is to adopt the plantation in stages. Propagation of new plants are carried out using stem cuttings to preserve the original plant breed; it’s algorithm and it’s fingerprint. The young stems are transferred to the farm after a duration of 7-8 weeks in the nursery.

The optimum planting density is 4,200 plants per hectare. The plants are normally spaced 1.2 meters apart and 2 meters in between rows.. Mas Cotek plants are normally grown inside poly bags and shredded coconut husk are used as the plant media. Such practices will significantly reduce the trees exposed to nematode worms from attacking the plant roots ( a common type of disease to Mas Cotek )

Organic fertilizers are given initially and for every 6 months thereafter.

Regular weeding control is very important. Plastic sheets are used to give the plants adequate cover from competing weeds. and to ensure adequate moisture retention to the soil.

Harvesting

The leaves and fruits are harvested after planting for 6 month and continues for the following 4-5 months onwards. The harvested herbs are given proper drying process and to the natural sunlight. The herbs are dried to an optimum moisture content of 10-15%.

Mas Cotek atau Emas Cotek

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kinimula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.

Nama mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di bahagian Timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Serawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.

Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah diantara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ianya tergolong dalam keluarga Moraceae.

Wednesday, January 21, 2009